Saya pernah terlibat dengan beberapa syarikat. Kami sentiasa berbincang bagaimana kami boleh meningkat produktiviti dan prestasi kerja bagi setiap orang. Di waktu rehat tengah hari atau petang, itulah topik perbualan kami. Berbagai perkara kami cuba lakukan seperti program latihan mingguan, tajaan untuk hadir kursus online dan kelas offline, serta penggunaan app dan tool untuk merancang dan merekod kerja.

Peningkatan produktiviti pastilah matlamat bagi setiap pengurusan. Walaubagaimanapun bagi setiap perkara yang kita lakukan, pastikan kita memahami asas bagi sesuatu perkara itu. Pastikan ia memberi pengukuhan kepada asas tersebut.

“Fundamentals are not a thing, they are everything.”

Pengalaman mengenali ramai manusia dalam dunia kerja, saya percaya pada dua perkara.

Pertama, walau apa jua latar belakang, jantina, dan bangsa, kita semua sama perlukan penghargaan dan perhatian.

Kedua, sesiapa sahaja akan bekerja dengan lebih produktif, lebih dipercayai dan lebih gembira apabila mereka rasa pemimpin mereka tahu dan mengambil berat mengenai mereka.

Rex Gamble menulis di dalam bukunya Believe in Yourself, mengenai 5 perkara kenapa manusia bekerja. Dan duit adalah perkara kelima.

 

#1 MAHUKAN PENGHARGAAN

Kita mahu dihargai oleh bos, rakan sekerja, pelanggan dan paling penting keluarga. Tanpa penghargaan, kita akan bosan dan akan lari dari pekerjaan tidak kira berapa banyak wang yang kita dapat.

Kenaikan gaji adalah satu bentuk penghargaan. Tetapi dengan hanya kenaikan gaji sahaja, jika kita tidak mendapat penghargaan dari orang ramai, kita akan tertekan juga akhirnya.

 

#2 MAHU BERADA DALAM KUMPULAN MANUSIA

Kita mahu berada di dalam pasukan, mahu menjadi sebahagian daripada perkara besar yang akan dicapai oleh kumpulan itu.

 

#3 JAMINAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Jangan keliru perkara ini dengan duit. Duit adalah salah satu jaminan untuk hidup dengan lebih baik, tetapi itu adalah salah satu faktor sahaja.

Kita mahu tahu, jika kita melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, adakah kita akan dapat penghargaan, adakah kita akan menerima kenaikan gaji, dan adakah kita akan mendapat lebih ramai kawan.

Jika kita dapati bos kita sedang memerhati dan menunggu untuk melihat kita membuat salah, kita tidak akan lama di tempat kerja yang sebegitu.

 

#4 KEBEBASAN

Kita bekerja dengan bersungguh-sungguh apabila kita rasa bebas. Kita bebas dari berfikir esok kita tidak ada duit untuk belanja.

Apabila kita diberi penghargaan di atas setiap usaha dan idea kreatif, barulah kita akan kerap berfikir di luar kotak. Kita bebas untuk bertanya soalan dan mencuba perkara baru.

Kita diberi kebenaran untuk membuat silap dan belajar daripada kesilapan itu. Kita bebas untuk menjadi diri kita yang terbaik.

 

#5 DUIT

Memang nyata sekali, kita perlu kan duit dalam kehidupan. Meneruskan kehidupan seperti biasa perlukan duit. Kerana itu, kita bekerja untuk mendapatkan duit.

PROMOSI – DISKAUN 50%

 

Mengetahui perkara-perkara ini, sebagai seorang ketua apakah yang perlu kita lakukan?

#1 Kenali setiap orang yang berada di dalam pasukan yang kita jaga.

Selalu ingat perkara ini. Saya tahu, dalam dunia pekerjaan kita amat sibuk. Kita terkejar-kejar untuk siapkan kerja sebelum dateline.

Tetapi, anda mungkin terperanjat apabila anda bertanyakan soalan yang ringkas kepada mereka seperti: “Tuan berasal dari mana?” atau “sebelum ini tuan bersekolah di mana?”

Bukan sahaja dia tahu kita mengambil berat mengenai dirinya, kita juga akan dapat belajar apa yang boleh kita buat untuk memberi motivasi yang sesuai dengan diri mereka.

 

#2 Perhatikan apakah kerja yang mereka lakukan dengan betul dan bagus, puji kerja-kerja itu.

Selalunya sebagai ketua, memastikan mereka siapkan kerja dan mereka ada ketakutan seandainya kerja mereka tidak siap adalah satu cara pengurusan yang betul.

Sebahagian daripada kalangan kita ada yang suka mencari kesalahan. Dan ada yang sebut kesalahan itu di khalayak ramai.

Ini sebenarnya akan merendahkan motivasi kerjanya dan juga orang lain. Cuba lakukan secara terbalik iaitu mencari kebaikan dan perkara betul yang mereka lakukan dan puji di depan orang ramai.

Anda akan dapati motivasi kerja mereka semakin meningkat dan produktiviti pasukan bertambah bagus.

 

#3 Beritahu matlamat dan apa yang kita mahu.

Adakan taklimat ringkas secara kerap untuk memastikan semua orang faham matlamat dan jangkaan kerja. Beritahu pasukan apakah matlamat harian, mingguan dan bulanan.

Ini akan menjadikan setiap orang tahu apa yang mereka mesti capai agar tidak kesesatan dalam melakukan kerja.

 

#4 Jangan takut untuk menurunkan kuasa.

Berikan orang bawahan melakukan tugasan-tugasan penting. Jika kita sibuk melakukan berbagai tugasan, itu bermakna penurunan kuasa masih belum berlaku dengan baik.

 

#5 Berhenti berurusan dengan benda, mula berurusan dengan manusia.

Kita mungkin banyak bercakap dengan laptop sehingga lupa untuk bercakap dengan manusia. Kerja-kerja yang perlu diselesaikan dengan laptop amat penting.

Tetapi luangkan juga masa untuk bercakap-cakap dengan ahli-ahli pasukan lain setiap hari.

 

#6 Jadi pemimpin, bukan bos.

Baik atau buruk, apa yang orang bawahan kita lakukan adalah menjadi tanggungjawab kita. Ambil tanggungjawab itu.

Jika pihak atasan mengkritik pasukan kita, terima kritikan itu pertahankan pasukan kita. Jika kita menjaga mereka, mereka akan menjaga kita.

Dunia berubah dengan cepat. Cara untuk menguruskan bisnes juga berubah dengan kehadiran berbagai perisian dan mesin untuk memudahkan kerja bahkan menggantikan kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia.

Tetapi, jangan sekali melihat manusia itu seperti mesin. Dia mesti dilayan seperti manusia, bukan seperti mesin yang boleh ditukar ganti

 

 

PROMOSI – DISKAUN 50%

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>