Pemasaran dan Jualan

Apa itu kempen pemasaran, bagaimana membina kempen pemasaran, memilih pelanggan, memahami medium pemasaran online dan offline. Bagaimana menyusun Budget pemasaran selama setahun.Mindset dalam pemasaran dan jualan.

.

Konten Blog dan Pemasaran

Pemasaran dan Jualan

.

Apakah kita sudah memahami apakah itu pemasaran dan apakah itu jualan dengan jelas?

Apakah kita masih tersangkut bahawa FB ADS, Adwords, Insta Ads sahaja chanel pemasaran yang kita ada? Apakah selain dari membelanjakan sejumlah wang sahaja kita dapat menjalankan pemasaran.

.

Jika kita masih fikir begitu, kita sedang berada di dalam masalah yang sangat besar.

.

Tahukah kita bahawa ada berpuluh jika tidak beratus cara dan teknik pemasaran yang boleh dilakukan oleh kita untuk mengembangkan jenama dan pasaran kita.

.

Pemasaran adalah MESEJ yang kita mahu sampaikan kepada calon pelanggan / bakal pelanggan kita. Pemasaran juga adalah medium kita menyampaikan nilai dan teras bisnes yang dipegang oleh perniagaan kita.

.

Untuk memastikan mesej ini sampai kepada calon pelanggan kita, kita mesti melakukan ianya berulang kali kepada “audience” yang telah dikenalpasti itu tadi.

 

 

PROMOSI – DISKAUN 50%

 

Pemasaran juga perlu dilakukan peringkat demi peringkat. Ada jenis pemasaran pada mulanya mengeluarkan belanja yang sangat tinggi, tetapi akhirnya perbelanjaan itu akan berkurang dari sehari ke sehari.

.

Semua itu harus difahami dan dipelajari kerana jika kita masih hanya ada beberapa

Chanel pemasaran, maka kita akan berdepan dengan banyak masalah ketika mahu mengembangkan pasaran.

.

bagaimana pula kita memahami jualan? Apakah setelah penat-penat kita mendapatkan mereka kita mahu biarkan sahaja mereka dan hanya menantiu mereka repeat order?

.

Apakah kita tidak ada rancangan untuk mendapatkan belian berganda dari mereka, belian berulang dari mereka, belian tambahan dari mereka?
.

Apakah kita hanya tahu mencari dan menjual kepada mereka sekali sahaja semunur hidup.

.

Apakah kita tidak tahu bagaimana mahu menggunakan pelanggan yang sama untuk mendapatkan jualan berulang-ulang kali.

.

Apakah kita masih belum tahu bagaimana mahu ikat mereka supaya menjadi pelanggan setia yang suka membeli dengan kita, yang suka mengenalkan kita kepada rakan-rakan mereka.Apakah kita masiih meneruskan semua aktiviti di atas atau kita sudah mengabaikan ianya sekian lama?

.

Jika sudah buat, tahniah saya ucapkan. Jika beum buat, inilah masannya untuk kita ambil tahu.. Salam sayang… #tukangfikir

PROMOSI – DISKAUN 50%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>