Persyarikatan Dan Perniagaan

Ramai usahawan yang memulakan perniagaan kerana minat, atau ada produk dan servis untuk dijual. Walau bagaimanapun, ramai juga yang sudah mendaftar enterprise, tetapi masih menggunakan bank akaun persendirian.

Apakah kita boleh berniaga tanpa lesen perniagaan seperti sijil enterprise? Sudah tentu tidak boleh, walau pun di sosial media (facebook atau Instagram). Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) boleh menghantar surat denda atau kompoun.

Adakah kita sudah bersedia untuk mengurus bisnes kecil dengan betul? Ini adalah keperluan setiap usahawan kecil atau sederhana. Pendapatan bisnes yang mencapai RM20 ribu sebulan perlu diuruskan dengan menggunakan alat bisnes (business tools) untuk merekod angka jualan dan terus menyediakan penyata akaun bulanan.

 


Seorang pemilik bisnes mesti bersedia untuk menunjukkan keuntungan dan kerugian bisnes dengan mengistihar di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Apakah perlu menunggu 3 tahun berniaga dengan lesen enterprise, baru mahu istihar borang cukai? Dengan mengistihar keuntungan setiap tahun, boleh mendapat kemudahan bank (bank facilities) bagi mengembangkan bisnes kita.

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) adalah syarikat di bawah Akta PLT 2012. Apakah kelebihan dan kelemahan PLT? PLT mempunyai entiti berasingan dengan pemilik bisnes atau rakan kongsi. Apabila syarikat memohon pinjaman, syarikat bertanggungjawab terhadap hutang tersebut. Apakah aset pemilik PLT terlibat dengan hutang-hutang syarikat?

PROMOSI – DISKAUN 50%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>