Irnee Ismail

Kewangan

CFO ABS Ainon Holdings Sdn. Bhd.Irnee merupakan lulusan perakaunan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) dari Dublin Business School, Ireland. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang kewangan korporat dengan syarikat dari dalam dan luar negara. Antara industri penglibatan beliau ialah firma audit, NGO untuk orang kurang upaya, perbankan, pendidikan, hartanah dan gadai janji.Beliau mempunyai pendedahan yang luas dalam pelbagai fungsi kewangan dan perakaunan yang berkaitan termasuk audit, belanjawan, operasi bisnes dan pengurusan pelaburan. Beliau juga adalah jurulatih pada modul yang berkaitan dengan pengurusan kewangan untuk usahawan pelbagai fasa, strategi mengembangkan bisnes, penstrukturan syarikat dan pembangunan staf.Bersama ABS, Irnee telah melatih lebih dari 400 usahawan kecil dan sederhana. Beliau merupakan jurulatih dan mentor pada lebih dari 50 pemilik bisnes. Kini beliau menguruskan Coaching & Mentoring dan Akademi Bisnes ABS dibawah syarikat pemilikan penuh ABS Holdings.
Tuan Suhaimi

Mohamad Suhaimi

Analisa Bisnes

Dari 1992 ke 2012. 20 tahun dalam industri SME pembekalan komponen automotif bermula dari jurutera maintenance tahun 1992 sehingga menjadi Pengurus Besar pada tahun 1998. Di lantik menjadi pengurus besar kerana kegawatan ekonomi menyebabkan syarikat hampir tutup dengan tanggungan hutang RM 12 juta. Menstruktur semula syarikat di mana jualannya jatuh dari RM 10 juta pada tahun 1996 ke RM 4 juta pada tahun 1998. Dilantik menjadi CEO pada tahun 2002. Meningkatkan jualan sehingga mencapai RM 40 juta setahun pada tahun 2005 dari 1998 melalui transformasi R & D, Engineering, Quality Control dan Logistik. Peningkatan kualiti sistem dari ISO9002 tahun 1998 ke TS16949 pada tahun 2002. Syarikat juga mempunyai angka-angka growth 5 tahun berpotensi untuk di apungkan ke BSKL Papan Ke-2 pada waktu itu.Dari 2013 ke 2016. Bekerja sebagai freelancer consultant membuat kertas kerja, presentasi dan juga penasihat pengurusan bagi syarikat yang mahu memohon dana untuk melabur dalam bidang teknikal seperti ketenteraan, kesihatan, oil and gas dll.Dari 2017 sehingga sekarang. Group Chief Operating Officer dan Konsultan di ABS AINON HOLDINGS SDN BHD. Di pertanggungjawabkan untuk menstruktur semula bisnes dan eko-sistem ABS untuk menjadi lebih komersil dan mampu menarik badan-badan berkanun dan korporat untuk berkolaborasi bersama. Buat masa ini, sedang menjalankan program dengan badan berkanun1) YAYASAN PAHANG – Program Pemantapan Usahawan Negeri Pahang untuk menghasilkan usahawan anchor/pautan yang boleh membuka peluang untuk usahawan kecil/mikro berpayung dan pembekal bernaung di bawah mereka membuka cawangan/kiosk/stokis dan ejen mobil. Pengembangan bisnes dilakukan dengan Teknik Pengembangan Bisnes ABS (Co-Branding ABS) tanpa modal besar. Membuka peluang berbisnes sebagai usahawan kecil/mikro dan pekerjaan bagi golongan asnaf, ibu tunggal dan graduan Yayasan Pahang yang sedang mengganggur.2) MARA – Program Pelesenan Bisnes untuk mengembangkan bisnes melalui Teknik Co-Branding ABS. MARA mahu usahawannya belajar mengembangkan bisnes dan mengadakan network jualan tanpa perlu meminjam dana yang besar dari MARA.

Armiati Mohd Ismail

Persyarikatan

Mempunyai 8 tahun pengalaman dalam mengurus penubuhan syarikat Sdn Bhd dan PLT, menyediakan perkhidmatan simpankira dan penyata untung-rugi syarikat dan enterprise.Menyediakan perkhidmatan pengurusan syarikat seperti pendaftaran lesen eperolehan, pendaftaran caruman majikan KWSP, pendaftaran harta intelek (IP), aplikasi sistem IT seperti OfficeCentral untuk mengurus operasi dan maklumat bisnes syarikat.Memberi khidmat “personal” dan “group coaching” kepada syarikat SME yang memerlukan kemaskini maklumat kewangan operasi dan “Standard Operating Procedure” pengurusan syarikat.Pengalaman:  Setiausaha, Jabatan Kewangan, Petronas Nasional Berhad (1980 - 1985). Pemasaran Simen Negara Sdn Bhd,Executive Secretary, Cement Industries of Malaysia Berhad, Renong Group (1987 - 1998). Executive Secretary, Crystal Accord Sdn Bhd (1997 - 2002). Islamic Financial Planner (Takaful & Penulisan Wasiat) (2003 - 2007). Business Dev. Manager, AAA Urus Kira (M) Sdn Bhd (2008 – 2014). Chief Operating Officer, ABS Business Services PLT. (2015 - current).

Mohd Firdaus Jailan

Pemasaran dan Jualan

Tuan Mohd Firdaus Jailan Adalah Co-Founder dan CEO ABS Digital PLT. Beliau juga adalah CMO untuk beberapa buah syarikat yang meliputi bidang pengurusan kewangan, jualan dan pemasaran. Mempunyai lebih dari 5 tahun pengalaman di dalam pemasaran dan jualan bagi sektor korporat dan SME. Berpengalaman menjalankan latihan-latihan pembinaan team-team pemasaran dan jualan untuk syarikat SME dan Korporat. Beliau juga terlibat secara terus sebagai penasihat pemasaran kepada anak-anak syarikat di ABS Holdings Sdn Bhd.

Sertai Sekarang

Pakej Harga Tiket Seminar Stamina Bisnes

Early Bird

RM2501 Orang

  • Cenderahati
  • Button Badge
  • 1 Hari Seminar
  • Work Book Seminar

Promosi

RM3501 Orang

  • Cenderahati
  • Button Badge
  • 1 Hari Seminar
  • Work Book Seminar

Harga Biasa

RM5501 Orang

  • Cenderahati
  • Button Badge
  • 1 Hari Seminar
  • Work Book Seminar