Irnee Ismail

Kewangan

CFO ABS Ainon Holdings Sdn. Bhd.

Irnee merupakan lulusan perakaunan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) dari Dublin Business School, Ireland. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang kewangan korporat dengan syarikat dari dalam dan luar negara. Antara industri penglibatan beliau ialah firma audit, NGO untuk orang kurang upaya, perbankan, pendidikan, hartanah dan gadai janji.

Beliau mempunyai pendedahan yang luas dalam pelbagai fungsi kewangan dan perakaunan yang berkaitan termasuk audit, belanjawan, operasi bisnes dan pengurusan pelaburan. Beliau juga adalah jurulatih pada modul yang berkaitan dengan pengurusan kewangan untuk usahawan pelbagai fasa, strategi mengembangkan bisnes, penstrukturan syarikat dan pembangunan staf.

Bersama ABS, Irnee telah melatih lebih dari 400 usahawan kecil dan sederhana. Beliau merupakan jurulatih dan mentor pada lebih dari 50 pemilik bisnes. Kini beliau menguruskan Coaching & Mentoring dan Akademi Bisnes ABS dibawah syarikat pemilikan penuh ABS Holdings.