Tuan Suhaimi

Mohamad Suhaimi

Analisa Bisnes

Dari 1992 ke 2012. 20 tahun dalam industri SME pembekalan komponen automotif bermula dari jurutera maintenance tahun 1992 sehingga menjadi Pengurus Besar pada tahun 1998. Di lantik menjadi pengurus besar kerana kegawatan ekonomi menyebabkan syarikat hampir tutup dengan tanggungan hutang RM 12 juta. Menstruktur semula syarikat di mana jualannya jatuh dari RM 10 juta pada tahun 1996 ke RM 4 juta pada tahun 1998. Dilantik menjadi CEO pada tahun 2002. Meningkatkan jualan sehingga mencapai RM 40 juta setahun pada tahun 2005 dari 1998 melalui transformasi R & D, Engineering, Quality Control dan Logistik. Peningkatan kualiti sistem dari ISO9002 tahun 1998 ke TS16949 pada tahun 2002. Syarikat juga mempunyai angka-angka growth 5 tahun berpotensi untuk di apungkan ke BSKL Papan Ke-2 pada waktu itu.

Dari 2013 ke 2016. Bekerja sebagai freelancer consultant membuat kertas kerja, presentasi dan juga penasihat pengurusan bagi syarikat yang mahu memohon dana untuk melabur dalam bidang teknikal seperti ketenteraan, kesihatan, oil and gas dll.

Dari 2017 sehingga sekarang. Group Chief Operating Officer dan Konsultan di ABS AINON HOLDINGS SDN BHD. Di pertanggungjawabkan untuk menstruktur semula bisnes dan eko-sistem ABS untuk menjadi lebih komersil dan mampu menarik badan-badan berkanun dan korporat untuk berkolaborasi bersama. Buat masa ini, sedang menjalankan program dengan badan berkanun

1) YAYASAN PAHANG – Program Pemantapan Usahawan Negeri Pahang untuk menghasilkan usahawan anchor/pautan yang boleh membuka peluang untuk usahawan kecil/mikro berpayung dan pembekal bernaung di bawah mereka membuka cawangan/kiosk/stokis dan ejen mobil. Pengembangan bisnes dilakukan dengan Teknik Pengembangan Bisnes ABS (Co-Branding ABS) tanpa modal besar. Membuka peluang berbisnes sebagai usahawan kecil/mikro dan pekerjaan bagi golongan asnaf, ibu tunggal dan graduan Yayasan Pahang yang sedang mengganggur.

2) MARA – Program Pelesenan Bisnes untuk mengembangkan bisnes melalui Teknik Co-Branding ABS. MARA mahu usahawannya belajar mengembangkan bisnes dan mengadakan network jualan tanpa perlu meminjam dana yang besar dari MARA.