Secara amnya bisnes ini ada 3 Fasa Utama iaitu:

  1. Fasa Pertama – Inilah fasa bisnes baru bermula (Startup) dan berusia 3 tahun kebawah.
  2. Fasa Kedua – Fasa mengembangkan bisnes menggunakan strategi yang sesuai.
  3. Fasa Ketiga – Fasa ini bisnes mencapai tahap kestabilan dan kematangan.

Benar, ramai akan berkata dalam ketiga fasa diatas, Fasa Pertamalah yang paling mudah. Sekiranya fasa ini tidak merekodkan angka-angka bisnesnya, ia tidak dapat berkembang ke fasa seterusnya. Bisnes mesti ada angka – APAKAH ANGKA BISNES yang mesti direkodkan? Yang perlu jelas? Angka-angka bisnes yang direkodkan dengan baik dan tersusun dapat menghasilkan laporan kewangan bisnes tersebut. Seterusnya dengan laporan ini (beserta factor-faktor perancangan yang lain) akan membantu kita membuat keputusan bisnes yang baik. Jika bisnes rugi sekalipun, kita dapat lihat dimanakah ruang untuk kita perbaiki dan ambil tindakan. Oleh itu, baik kita berbisnes seorang diri atau dengan rakan kongsi, secara ‘full-time’ atau ‘part-time’, angka-angka dibawah mestilah JELAS dan TERANG:

  1. Costing – Kos langsung produk/servis kita mesti perincikan dan rekodkan. Jangan jadi sebab duit ada saja, semua kita bayar saja. Hingga kita tidak dapat membezakan apakah ada untung atau duit sekadar singgah dulu sebelum berlalu.
  2. Pricing – Menetapkan harga ada strateginya. Bukan semua barang boleh jual harga rendah atau sangat tinggi.
  3. Gross Margin – Bila costing dan pricing jelas, maka kita tahu berapa untung kasar produk/servis yang kita jual. Dari sini kita juga tahu, adakah angka ini boleh membayar kos operasi bisnes. Contoh – bolehkah petrol dan gaji kita dibayar ?
  4. Breakeven – Dengan mengetahui perkara 1-3 diatas, kita dapat kira berapakah jualan yang perlu ada setiap bulan untuk cukup membayar semua kos. Andai jualan kurang dari sasaran ini, kita bukan sekadar rugi – kita juga tak cukup duit.
  5. Profit – Sekiranya produk/servis yang kita jual itu secara tunai, maka untung ini = tunai yang tinggal. Ramai tersenyum bila ada untung dan tunai mencukupi. Tercapai niat berbisnes mahu dapat pendapatan ekstra.

 


PROMOSI – DISKAUN 50%


Jadi mereka yang memulakan bisnes, perlu benar-benar jelas. Apakah sebabnya mereka memulakan bisnes atau masih berbisnes sekarang? Bila asbab itu jelas macam kristal, tanyalah diri masing-masing sudah tercapaikah misi itu? Jika ya, apakah misi seterusnya? Jika belum, cari angka bisnes anda dan semak semula dimana silapnya.

Stamina kita dalam bisnes perlu ada ukurannya. Ukuran ini adalah angka bisnes sendiri. Umpama sekiranya kita masuk larian 100 meter sukan sekolah, kita mahu tahu rekod masa untuk jadi wakil sekolah. Seterusnya, kita mahu mahu wakil daerah dan negeri pula. Dengan rekod masa yang konsisten, kita mahu mencuba untuk Sukan Malaysia, sebelum Sukan Komanwel.

Nampakkah anda stamina yang kita perlu ada untuk setiap larian itu berbeza. Itu belum masuk impian kita untuk bertanding di Sukan Dunia atau Olimpik. Demi itu, kita berlatih menjaga dan meningkatkan stamina, teknik larian, diet makanan dan lain-lain yang perlu untuk berjaya hingga ke sana.

Begitu juga dengan bisnes. Matlamat perlu jelas. Untuk capai matlamat kena ada ANGKA. Untuk tahu pencapaian bisnes berbanding matlamat, angka-angka transaksi bisnes perlu direkodkan. Perkara teknikal seperti costing, pricing dan lain-lain diketahui supaya larian itu ‘smooth’. Penyata kewangan ada bagi membantu kita membuat keputusan bisnes yang tepat.

Oleh itu, dalam apa jua fasa bisnes kita berada ‘BISNES MESTI ADA ANGKA’ nya. Biarlah bermula kecil tapi betul. Untuk yang sudah berlari – tidak mengapa, betulkan teknik larian dan sambung larian. Kekalkan stamina bisnes kita hingga ke garis penamat.

PROMOSI – DISKAUN 50%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>